RSS Feeds




Sejarah KOSPEP Berhad

Perkembangan sistem pendidikan negara selari dengan arus pembangunan mewujudkan beberapa kelompok masyarakat Melayu moden yang berpendidikan tinggi. Bidang pendidikan merupa-kan salah satu bidang yang mendapat sambutan kaum Melayu profesional sekitar tahun 80-an.

Kewujudan Koperasi Serbaguna Perkhidmatan Pendidikan Sabak Bernam Berhad (KOSPEP) juga merupakan kesinambungan daripada senario tersebut. KOSPEP diwujudkan oleh para pendidik Melayu di sekitar Sabak Bernam pada tahun 1980 dan berdaftar secara rasmi pada tahun 1983.

Seawal penubuhannya dahulu, KOSPEP ditadbir dan beroperasi di Sekolah Kebangsaan Seri Makmur kerana Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang bertanggungjawab ketika itu kebanyakannya pendidik di sekolah tersebut. Malah, terdapat sebuah kedai koperasi ditubuhkan di situ.

Bagaimanapun, setelah berlaku perubahan sistem yang disyaratkan oleh Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK), KOSPEP terpaksa berpindah dan mencari tapak operasinya yang baharu. Kini, KOSPEP mampu mengorak langkah lebih jauh dengan kegiatan utamanya dalam bidang kredit dan penyewaan bangunan.

KOSPEP ditubuhkan untuk menjaga kepentingan anggota-anggotanya yang terdiri daripada kakitangan pendidikan di sekitar Sabak Bernam khusus untuk warga pendidik yang beragama Islam. Kini keanggotaan KOSPEP dibuka kepada kakitangan pendidikan di seluruh negara , terbuka kepada kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kerajaan Negeri.

KOSPEP memberikan kemudahan pembiayaan kepada anggota yang layak dengan bayaran perkhidmatan  yang kompetitif. Skim-skim berikut diwujudkan untuk membantu anggota :-

a )        Pembiayaan Bai Al-Inah
b )        Pembiayaan Bai Bithaman Ajil ( Pengguna )
c )        Pembiayaan Qardul Hasan ( Tergempar )
d )        Pembiayaan Pendidikan
e )        Pembiyaan Pelancongan / Umrah

KOSPEP juga telah Berjaya membeli aset sebagai pelaburan untuk perkembangan koperasi. Setakat ini harta yang dimiliki oleh KOSPEP ialah :-

  1. Tanah Pertanian GM 1465, Lot No.5251 berlamat di Batu 2 ½ , Tebuk Pulai, Sabak Bernam. Keluasan 1.194 hektar dan ditanam kelapa sawit. Kini sawit tersebut telah mula dipetik.
  2. Bangunan Kedai GRN 31999, Loy 9698 Mukim Panchang Bedena, beralamat di 15 – AB, Jalan Anggerik, 45300 Sungai Besar. Bangunan kedai binaan kayu dua tingkat dengan keluasan 193.9752 meter persegi bersamaan 2088 kaki persegi. Bangunan kedai tersebut disewakan kepada Tan Chee Leong dan Lum Teck Seng.
  3. Bangunan Kedai Pejabat Lot PT 6169, Mukim Panchang Bedena, beralamat di 25E, Jalan Mahsuri, 45300 Sungai Besar. Bangunan kedai pejabat binaan batu tiga tingkat dengan keluasan setiap lantai 148.65 meter persegi. Aras bawah disewakan kepada Arked Warisan, tingkat 1 disewakan kepada Syarikat Takaful Ikhlas dan tingkat 2 ialah Pejabat KOSPEP.
  4. Bangunan Kedai Pejabat Lot 428 PT 1482, Mukim Panchang Bedena, beralamat di No 18, Jalan SSBC 4, 45300 Sungai Besar. Bangunan kedai pejabat binaan batu dua tingkat dengan keluasan lantai 130 meter persegi. Tingkat bawah disewakan kepada The House of Reflexology dan tingkat atas disewakan kepada Jajaran Sukma Enterprise.
Untuk kebajikan ahli, KOSPEP menyediakan dermasiswa, khairat kematian dan rawatan hospital kepada anggota yang memerlukan.

KOSPEP boleh dihubungi di alamat :
Koperasi Serbaguna Perkhidmatan Pendidikan Sabak Bernam Berhad (KOSPEP)
No. 25E, Tingkat 2, Bangunan KOSPEP
Jalan Mahsuri, 45300 Sungai Besar, 
Selangor Darul Ehsan. 
Tel. : 03-32241112